nuffy1

OOO-lalalalala

Saturday, October 5, 2013

Satu masa dulu... dan satu masa sekarang


satu masa dulu
gambar di simpan dalam album gambar dan disimpan dirumah..
ia dilihat utk kenangan dan dilihat oleh orang2 yang rapat sahaja..
gambar dengan BF di simpan jauh dibawah bantal utk elak dilihat mak dan keluarga..
gambar romantik suami isteri disimpan hanya utk tatapan keluarga..
sekarang? 
semua gambar utk tatapan umum.. 
bangun tido amek gambar..
nak pegi keje amek gambar..
nak makan amek gambar..
peluk laki amek gambar..
semua dikongsikan pada umum..

satu masa dulu,

bila ada masalah kita kongsikan pada sahabat rapat, family, diary atau mengadu terus pada Allah..
bila geng tingkap mengumpat, mereka mengumpat d kalangan tingkap2 yang rapat je..
sekarang? 
semua masalah ditulis d FB..
laki balik lewat tulis kt FB..
isteri masak masin tulis kt FB..
x puas hati ngn kawan tulis kt FB..
maka jadilah ia mengumpat versi besar-besaran..
semua boleh join,
semua dapat dosa..

satu masa dulu
,

bila kita berdoa,
kita akan sorok2 dari orang..
bila kita nk beribadat kita sembunyikan dari orang..
x penah dulu bila nak berdoa kita baca kuat2 biar semua orang dengar..
x pnah kita nk puasa kita bg tau pada semua orang..
sekarang?
bila berdoa,
kita tulis di FB biar semua orang nampak doa kita..
bila puasa sunat kita bg tau pada semua orang d FB..

satu masa dulu,

kita sensitif pada orang keliling kita..
kita x tunjuk kita makan apa pada orang yg x mampu sebab takot dia rasa terhina atau rasa sedey sebab x mampu nak makan sesedap tu..
sekarang?
apa yg kita makan kita tunjuk pada semua tanpa memikirkan mereka2 yang terliur sebab x mampu nak makan sesedap tu..
hilang sensitiviti kita..

satu masa dulu,

hidup kita adalah antara kita dan keluarga dan orang yang rapat dengan kita..
sekarang?
hidup kita adalah untuk tatapan umum..
semua orang boleh masuk campur..
semua orang boleh lihat dan semua orang boleh komen..




Bukankah Hidup kita Akhirnya Harus Bahagia . .

No comments:

Post a Comment