nuffy1

OOO-lalalalala

Saturday, August 17, 2013

Dihuni rasa rindu

Embedded image permalink

hye girls, ibu miss uolls
nnti pulang rumah, kita berstori mori. a lot of stori tau sayang. ada nak gelak n *dance, ada nak sobsob n *pinjam bahu. 

well, hehe.. ibu malas nak citer pasal ibu tgk bola. heaven giler LOL. *eh, tak la heaven sgt pun. sopan jek ibu duduk kat grandstand sesangat tu. kemain mak korang jadi sopan ok. jaga reputasi retis katanya. *ha, muntah.. muntah!!.. mak uolls kan retis kan... *bluweeekkkk

Embedded image permalink

tiap kali balik kampung, yes... inilah "jambatan gantung" yg menjadi peberet umah cik senah bila tiba hari raya. cik senah tu ada 10 org anak, tiap anak2nya ada anak antara 3-5 org. zaman dulu kala, sistem jamban tidak la begitu ohsem! nak membuang tu kena angkut air and bwk jauh ke belakang. pintu jamban pun tak hado tau. pakai kain langsir je. tempat tu pulak di kelilingi oleh pokok2 buluh. nyaman la kut kan.

kalau siang2 tu ok lg kan. kalau dah menjelang malam.... *nenonenonenoneno la. masa tu umur bukan beso sgt. baru drjh 2 drjh 3. comel jek. walaupun terdidik NO HANTU.. tp perasaan takut tu tetap ada.

biasa, suasana kampung dulu2, lepas waktu isyak, semua dah berlonggok depan tv 14" yg menjadi pujaan seramai2 umat dlm umah cik senah. dah best giler dah tu dpt tgk citer wayang tahun lepas di udarakan di kaca tv. citer apa pun ok jelah. tu je kut hiburan yg ada.

time2 mcm tu, kalau nampak sekumpulan kuarga pegang lampu suluh, dari pak, mak sampai anak yg kecik kuar umah, maka tau la.. kemana tempat di tuju. tadaaaaaaaaaaaaaa... tu kat jambatan tu la nak oi. pesta berak di jambatan!. sumpah ibu tak tipu.

kendian, silih berganti sekumpulan kuarga yg akan kuar. dari anak cik senah no 1.. sampai la yg belum kawin, cik hanim & mak usu. ibu dulu kamceng ngan cik senah tu. so kalau ada masalah pembuangan tu, kalau port kat jambatan tu penuh, kitaorang ada port sendiri. no problem punya

sekarang, cerita membuang di jambatan itu terus kekal di ingatan anak2 cik senah. ohh.. bukan takat anak2 cik senah, cucu2 nya skali pun ingat. skg awak2 cicit yg kena tau, betapa susahnya zaman dulu kala sampai nak membuang pun cari port mcm ni. tak ada dulu, tak ada sekarang ye.

ibu rindu cik senah.
alfatihah.....








Bukankah Hidup kita Akhirnya Harus Bahagia . .

No comments:

Post a Comment