nuffy1

OOO-lalalalala

Tuesday, February 5, 2013

kepada yg berharap : sorry !!!!


saya sebagai ibu yg tidak mengertikah?
terlalu cerewetkah?
terlalu bla bla bla sangatkah?

permulaan ceritanya,
"kak, gaji kakak kena bank in ke camana?"
"ooo.. kena bukak akaun *** la ibu?"
"tak de surat company ke?"
"katanya tak payah la bu"

so, berlalu mcm tu jelah sampai hari cik kakak cuti.
tergedik la g cawangan bank tersebut

"saya nak bukak akaun utk anak saya"
"dia kerja kat mana ye puan,?"
"dkt ****** #### tu"
"oo company tu bukan panel kita. so kena bukak akaun rm250.00. dapat kad n buku"

confident je pegawai tu bitau

"er.. umur anak puan berapa tahun ye?"
"baru genap 17 thn"
"kalau mcm tu puan, dia bwh 18 thn, puan kena sign dan limit boleh kuar rm200 je sehari"
"oo.. ye ke? kalau ada surat company camana?"
"tetap tak boleh sebab dia masih bawah umur 18 thn"

so, ibu & anak amek keputusan balik umah dulu la. sbb duit kat tgn just ada rm100 je.

selang beberapa hari...
"kak, kalau tak de bank bla bla bla tu camana?"
"err..katanya company bg cek je"

memandangkan hari start keje sampai la hari di tnya tu sudah pun 45 hari bekerja, saya mula musykil. mula mahu mengorek satu persatu perkara yg tak memuaskan hati. sbb bila di tnya pd cik kak, semua di bantai jwb, entah, tak tau. nnti jelah kakak tnya. tp tak de jwpan. eh, budak ni tak risau ke keje hari2, tp tak dpt hasil apa pun. dia boleh selamber je.

"hello... ****** ####?"
"yes, morning madam. may i help you?"

speaking bahasa omputih yer

"boleh pas to HR or accnt department?"
"hold on pls..."

seperti biasa lagu lagu mengantuk kedengaran .........

"hello, saya amira di sini. boleh saya bantu?"
"ok, saya Puan Yati.. bla bla bla dr bla bla bla"
"cik amira, saya nak tnya sesuatu ni"
"boleh puan.. silakan"
"boleh saya tau camana sistem kira gaji kat sini ye? anak saya  bla bla bla dah start keje 20/12/2012 lg.. tp sampai hari ni dah 45 days keje, tak de kabar berita pun."
"sape nama anak puan, saya cekkan."
"macam ni puan, saya dah cek, dia mmg masuk keje 20/12/2012. tp kita kira mcm ni. dari 20/12/2012 to 20/01/2013 tu kira sebulan keje. so from 21/01/2013 to 01/02/2013 tu baru kita kita gaji."
"tak faham.. means gaji yg bulan 12 tu terus masuk to january ke?"
"sbb kita wat closing punch card tiap 20hb tiap bulan puan"
"then gajinya bila?"
"every 1st week dlm bulan tu. contoh bulan february tu awal minggu dia 4hb... 4hb la baru kuar gaji. so yg ada bank, kita terus bank in je. yg tak de bank, kita bg cek"
"so, kira2 ni dah 45 hari ni without salary, kena tunggu lagi another 1 week ke?"
"mcm tu lah puan, sbb tu kita galakkan kena ada panel bank. so kita leh terus bank in"
"kita akan pos cek from kl, dlm minggu depan. so ermmm.. bergantung la bila nak kurier"

pulak

"so kalau lambat kurier cek, lambat lagi la nak dpt gaji"
"hehehe.. mcm tu lah puan."

eh budak ni, ada hati nak gelak lg

"akta mana ye?"
"akta apa puan?"
"akta mana guna?"
"mmg selama ni sistem mcm ni. lagipun saya hr baru kat sini. saya ikut sistem yg ada je"
"ada letter offer? black n white?"
"tak sure lah puan?"

hah??? tak sure
alamak, kerana u HR baru u boleh jwb tak sure mcm tu je?

"so, berapa outlet yg ada sampai kena tunggu 10 days utk kira gaji?"
"33 puan"
"33 outlet tu tak sampai 200 staff pun. so kena amek masa 10 days. kena extand 10 days lg utk kira. baru kira. blum kuar gajinya lg. kalau ada 100 outlet? amek masa bape lama ye?"
"hehe.. tak tau la puan"
"semua tak tau, apa yg taunya?"

"ok fine.. mebi awak tak pernah berdepan lg ngan mak2 pekerja yg cerewet mcm saya. better b4 u keje, u kena study apa yg patut utk jawab soalan2 bermutu lbh2 lg mak yg cerewet ni."

..........................

huh... panggilan tamat dengan pelbagai soalan yg tidak berjawab lg
sendiri fikir sendiri jawab
sendiri study
sendiri dpt jawapan
hebat!!!

memandangkan kakak berumur tidak lbh dari 18 thn, adalah menjadi kesalahan sebenarnya ngan akta kerja.


akta 350 employment act. child and young person.
"young person means who has not completed eighteenth year of age"
tapi boleh keje di sebabkan perkerjaan itu tidak membahayakan...

akta keje 1955
akta 265
dan mcm2 akta bla bla bla bla

mood : study dulu ye

#nota mahu di tulis, camana ada org leh sampai hati nak ada bahagian dlm pembahagian gaji budak bawah umur ni? saja bergurau mebi. mahu rm50. ooo... terserah kakak la kak. nak bg rm50 ke nak bg rm55 ke.. nak bg rm5.50 ke. tak ada bantahan terhadap perkara yg baik2. sharing is caring. tahukah anda, saya sebagai penjaga yg sah pun tak pernah terkeluar mintak.. kakak..nnti kakak dah keje boleh la bla bla bla.. cian ibu. ibu bla bla bla. kasut.. baju bla bla bla... ooo... saya sgt simpati dengan budak yg baru nak kenal dunia bekerja. penat yg di tanggung. letih. cabaran berdepan ngan kerenah mcm2 org. semua tu pelajaran kakak. amek la sebagai positif. kakak yg mahukannya, kakak kena tabah hadapinya. kakak nak kerja, ok fine, ibu boleh hantar. sampai depan pintu besar jusco tu ibu hantar. supaya kakak leh straight je masuk sampai la tempat keje. waktu balik keje ibu 10.30mlm dan ibu berkejaran mahu cepat2 amek kakak, bimbang keselamatan kakak tunggu sorang2 kat taxi stand tu. cuba cilok sana cilok sini, sampainya tetap sekitar jam 11.00 malam. dan tiba dirumah setengah jam kemudian. bukan tak mahu kakak berdikari, tp sebagai penjaga amanah, keselamatan dia di rumah adalah kepentingan bg seorang ibu. segalanya kita mampu merancang, Allah jua yg tentukan. kepada yg berharap, sorry ye. sabarlah. nnti budak ni dpt gaji, terimalah habuan yg di minta. sekian....

#study oiii.. study. banyak benda kena study.








Bukankah Hidup kita Akhirnya Harus Bahagia . .

No comments:

Post a Comment