nuffy1

OOO-lalalalala

Thursday, January 10, 2013

Kira Kalori


Untuk berdiet semestinyer kita tak perlu berlapar..ikat perut sampai tak ada tenaga!! Cuba kita perlu prihatin berapakan kalori yng kita ambil dan berapa banyak pula ianya dibakar setiap hari..Namun begitu, bukanlah bermakna 1000 kalori yg kita ambil perlu dibakar 1000 kalori juga.

Bersenam adalah satu aktiviti yang sihat..amalkan setiap hari walaupun 10 minit..kerana ianya lebih baik daripada kita tak melakukan apa2 aktiviti fizikal yang lain. Menurut pakar, exercise yg berkesan cukup hanya 20 minit..selebihnya bukan dipanggil exercise lagi ..tp utk build-up stamina..

Mari kita kira berapa kalori yg kita ambil waktu sarapan -
  1. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
  2. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
  3. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
  4. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
  5. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
  6. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori
Semasa Lunch atau makan malam pulak
  1. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
  2. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
  3. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
  4. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
  5. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
  6. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
  7. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
  8. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
  9. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
  10. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
  11. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
  12. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
  13. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
  14. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
  15. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
  16. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
  17. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
  18. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
  19. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
  20. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
  21. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan ) = 40 kalori
Mak oii banyak nyer..

Berapa banyakkah sebenarnyer kalori yang kita perlu ambil sehari?? 
Ia sebenarnyer bergantung kepada kadar metabolisma seseorang..Jika objektif kita untuk menurunkan berat badan, ambil kurang 500 kalori saja sehari dan maintain dengan exercise..

menu pagi hari ni - nasi lemak sepinggan - 400 kalori, telur goreng sebiji - 110 kalori - total utk pagi sahaja  510 kalori. oh no!! pagi ni tiada larian dan jalanan. maka tiada kalori yg terbako tebaboooooooo. 

menu tengahari - sepinggan nasi putih 260 kalori, sekerat ikan pari asam pedas di cicah budu - tiada maklumat pulak - total 510 + 260 + campur2 lagi - dah beribu2 kalori. 

tak termasuk makan malam dan makan yg seterusnya --- ooo patutlah saya tak leh lost weight dgn berkesan kerana saya makan dengan sgt terkesan sekali. 

makan unlimited meh!!! hew hew........... jom makan!!








Bukankah Hidup kita Akhirnya Harus Bahagia . .

No comments:

Post a Comment