nuffy1

OOO-lalalalala

Thursday, November 8, 2012

nak cuba roti naik - harap2nya naikkkkkkk la gebus ye


** cilok resepi dari Blog Life Of Lady Ell  -- amek resepi dulu ye. esok2 free baru leh buat. skg tgh ngidam kek pisang pulak. hai la tekak... time2 bz.. time2 tu la bz nak ngidam. 

BAHAN2:

(A)
1 bungkus yis mauripan 11gm
1/2 cwn air
1 sudu besar gula.


(B)
2 sudu besar marjerin dicairkn.


(C)
1cwn gula
1/2 cwn air panas

-ell guna fresh milk,jerang atas api,jgn mendidih.Tambah 4 sudu gula.

(D)
3 cwn tepung gandum + 1cwn tepung gandum(utk xtra)

mungkin u'ols boleh tukar tepung roti utk bahan ini.

dan sedikit pewarna kuning.(utk membangkitkan warna)

CARA:-

1.campur bhn (c) dn sejukkn.

2.campur bhn (a) ,kacau dn biarkn seketika hingga brbuih.


3.sediakan mangkuk besar,masukkn tepung dn buat lubang ditgh2.


4.masukkn bhn A,B,C dan pewarna kuning.Gaulkn dn uli sehingga tidak melekit.Kalau melekit,tambah sket2 tepung xtra tadi sehingga tidak melekit.Uli doh dgn tangan sehingga kenyal lebih kurang 45 minit.Kalau ada bread maker senang set je.


5.Tutup doh didlm mangkuk dgn tuala atau cling wrap.Biarkan terperap selama 45minit,sehingga doh naik 2x ganda.


6.Setelah doh naik,tumbuk doh utk membuang udara.Bahagikan doh kpd bulat2(60gm-70gm) kecil yg sama saiz.


7.Susun didlm loyang,jarakkn sedikit.Kemudian tutup semula dgn tuala selama 20 minit.


8.Kemudian bakar roti dlm oven pd suhu 180'c,selama 20 minit.


9.Setelah masak,keluarkn dr oven dan sapukan marjerin ketika roti masih panas.Kemudian taburkn gula.


wokeh - selamat mencuba




Bukankah Hidup kita Akhirnya Harus Bahagia . .

No comments:

Post a Comment