nuffy1

OOO-lalalalala

Friday, November 9, 2012

kenangan tak sampai Muntahak - kisah lama daaa




dan cerita pun bermula.....
selewat jam 5.30 ptg. waktu sesudah asar... menuju maghrib. sekumpulan pendaki masih berada di atas..sementara yg lain sudah berada di camp site. aku sendiri tak sure camana boleh terjebak dlm kumpulan terakhir bersama Diana dan yg lain2. seingat2 aku adalah dalam 20 org lagi. mulanya agak terkejar2 org kat depan, tp bila tgk belakang, tak ada org, hati mula berdebar. Ya Allah, adakah aku ikut jalan yg btl. adakah org di depan ini ahli kumpulan aku jugak atau permainan mata. ada jugak aku jerit minta org depan perlahan kerana tak de org kat belakang. tp just menoleh dan terus melangkah. aku tak sure aku patut berhenti atau aku teruskan sj perjalanan tu. tak tau nak refer pd sape. 

guruh mula kedengaran
langkah yg di ambil semakin agak kelam kabut. sedar... waktu sudah semakin senja dan keadaan akan menjadi gelap. ya.. pengalaman pertama. aku lak hanya sehelai sepinggang. masa tu baru tersedar yg beg aku tidak berada dgn aku tp tak ingat pd sape. maybe ada ahli yg tolong bwkkan beg tu dah turun. kepala otak dah duk terfikir .. selamatkah aku? teringat semua anak2. Ya Allah... Ya Allah.. selamatkan aku. Beristigfar dan terus membaca ayat2 yg di hafal. dalam keadaan panik mcm2 boleh terjadi. trek agak licin. trek baru teroka... main redah jelah. semakin lama semakin gelap. air mata sudah tidak dapat di bendung lg. biarkan ia mengalir.

keadaan emosi aku mmg tak stabil ketika tu. fikir di mana kawan aku.. di mana Diana.. dimana Harith.. toleh blkg tak nampak kelibat. tgk depan hanya beberapa org sj yg aku pun tak berapa kenal. redah je lah apa yg ada. terpijak kayu reput.jatuh terlentang. terpegang pokok duri. kaki calar pedih. semua dah tak boleh nak kira. bila dengar punca air terjun, aku rasa agak lega. melalui pembacaan aku, kalau kita tersesat or terputus hubungan, punca air itu akan membolehkan kita jumpa jalan balik. 

bila sampai di air terjun, terdapat beberapa org pendaki sudah berada di situ. hujan turun agak lebat. ya. .... sejuk. utk segarkan badan aku yg sudah agak lembek ni, aku duduk di bawah pancuran air terjun. tp bila keadaan semakin lebat, di minta tidak berada di bwh punca air. di khuatiri kepala air turun dan menghayutkan sesapa yg berada di bwhnya. sejuk.... mmg sejuk. tetiba ternampak kelibat sorang mamat ni pakai poncho. dngan selamber badak... aku tuju kat budak ni....'dik.. tumpang dik. akak sejuk'. alhamdullillah... dpt berteduh. rasanya lama jugak duduk tunggu kat situ sementara nak tunggu semua pendaki turun. terdengar2 pekik mereka. ya.. aku tau, susah nak turun dlm keadaan hujan. trek mmg licin. bukan boleh turun sebarang, siap leh buat gelongsor. bila ternampak kelibat Diana, Ya Allah... lega. biarlah kami susah senang bersama. 

kalau masa naik dari camp site ke air terjun tu mengambil masa 1 jam lbh. ni nak turun dlm keadaan gelap gelita berteman head lamp.[tak pernah ada headlamp dan tak tau pun kena bwk-vongok sungguh] kaki dah sakit. emosi jgn citer. totally down. aku dah telan 4 biji panadol. tak tau sebab apa. nak kata sakit kepala, tak terasa sakit. cuba rasa dedar je. ooo... tak tau la bape lama masa utk turun. aku mintak utk berada di blkg Sem. dia salah sorang guide. Dia la yg bg aku tukar baju yg basah. blasah jelah labu. darurat. aku pun tak ingat baju aku kat dlm beg mana. ke Sem yg tolong bwkkan. aku ckp ngan Sem, kaki dah sakit... dia pesan, turun guna tumit. ha... jgn kan nak guna tumit, kalau suh menapak tu pun kaki ni dah tak leh nak wat jejak bumi. selebat hujan, selebat itu lah air mata. aku mahu pulang... aku mahu balik. aku mahu berada dgn anak2. dan aku terfikir...adakah ajal aku sudah semakin hampir. 

sem bg aku pegang tali beg. katanya amek jarak skit sbb dia memerlukan ruang utk menebas. nnti terkena lak aku. patuh pd arahan. gagahkan jugak kaki ini mengikut rentak. bila toleh tak de org kat blkg aku, aku maklumkan pd sem.. pls.. dorang jauh kat blkg. dia kata tak pe.. ada org jaga kat blkg tu. huwaaa... aku ler yg takut sbnrnya. siap terfikir.. eh, aku ni ikut org ke ikut bukan org. Sem tak bnyk ckp, yelah.. dia perlu peratikan jalan pulang sesegera mungkin. 

bila sem tgk keadaan aku tak berapa ok, sem suh aku bukak kasut. dan aku di minta pakai slipar sem. haaa.. amek ko. jalan dlm hutan berselipar je.selipar cap giant beso gedabak lak tu. sem pulak berkaki ayam. ha? kaki kebal ke apa ni. kasut aku sem ikatkan pd tali dan sangkut kat leher. buat tangkal katanya. huh.. tak de ati mak nak gelak. 

tiap langkah mmg kena hati2. ada masa.. aku dah tak larat nak terus melangkah, jd aku gelongsor jelah. sorry Sem sbb kena tunggu. tak de org perasan dlm kegelapan dan kesejukan dan ketakutan itu sebenarnya air mata meleleh2 tanpa henti. aku juga tau... emosi aku yg tak stabil ni menyukarkan sem utk melangkah. ada masa sem suh aku berhenti dan tunggu seketika. tp bila tgk tak de org lain, ooo.. no. sori.. sori... aku nak ikut ko jugak. kut ko pergi2 tak jumpa aku kat sini, dlm kegelapan la aku sorang2. 

redah sana redah sini tebas sana tebas sini.. Sem sabarkan aku.. skit je lg. kita dah sampai sini, makna dah tak lama lg kita akan sampai camp site. ya.. aku tau itu hanya kata2 penyedap je. sememangnya bukan berjalan di angsana yg jarak perjalanannya boleh di agak2. ada masa sem terpaksa berhenti kerana kaki di gigit serangga. ya.. bersalah la pulak pd sem. sorry sem. jasamu di kenang.

meneruskan meredah dlm emosi.. akhirnya kami selamat sampai ketika jam menunjukkan angka 10 malam. bermakna.. perjalanan hari ni.. sgt panjang. lega tgk Harith selamat. sudah tido dlm kecomotan. Ahli2 Santana yg menjaganya. di sambut dengan kesyukuran oleh peserta lain. difahamkan mereka sedang bersiap2 mahu ke atas semula mencari kami yg terkandas. 

sebetulnya 5 org hnya day pack. bermakna kena meredah jalan utk kuar dr situ dimalam hari. waktu lepas hujan... cik batik sgt suka berkeliaran. tu belum citer maybank pak belang. terkelip2 mata ni mendengar mereka2 berckp sesama mereka. bila toleh Diana, dia dah lena dgn kecomotan jugak. mungkin nak lelapkan mata. ya.. sgt penat. kaki ni jalan mcm dah tak leh pijak bumi. airmata ni hanya mampu mengalir. risaukan anak2 yg tak dpt kabo berita. tak de coverage langsung.

tido dulu kak. esok je fikir jalan pulang. huhuhuhu....
camana nak tido.... tak penah tido dlm hutan.
toleh sana salah toleh sini salah. sejuk kemain lagi. mcm2 bunyi. mcm2 ragam ada. ada yg tido dlm hammock. ada yg tak tido. errr.. tak tido ke? masa sorang2 tak leh tido tu sbb kesejukan, duk la perati kan mereka2 kat luar tu. nampak 3 org kut. tah camana boleh tertanya...
"kul bape ek skg??"
dan mereka jwb "kul 4.30"...
4.30 pagi ye... bukan 4.30 petang.
adoi.. lama lg ke nak siang. cepat la siang.
haha.. sikit pun tak terfikir... org btl kah yg aku g tanya2 tu.
tido hanya beralaskan kembes, berbantalkan beg yg comot, tiada incek selimut bunga2 aku., tiada toilet utk aku pegi membuang, tiada shower, tiada bla bla bla... tp buat2 tak malu gak bila Rafiq tnya, nape kak? aku jwb - tak leh tido. sejuk. dia pun bangun, bukak sleeping bag dan bg kat aku. aku tnya, "dah tu awak camana?". dia kata " tak pe kak.. saya ada sweater". dpt la lelapkan kejap mata ni.
dan zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

*flashback cerita lama yg terkenang2**
bermula di sini



arah tuju nunnnnnnnnnn di sana di sana di sannnnnaaaaaa


ini bukan cubaaaaaaaannnnnn
jalan trek kelapa sawit sudah mahu fancit
7km - bersamaan lbh kurang 1 jam lbh.
fanas - fenat - feluh-feluh
hamekkk kau


kaki gunung
perjalanan masih jauh lagi


benti kejap. berlatar belakangkan Muntahak. oo terujanyer saya.
with SANTANA - tetiba ada 2 jelita terselit di situ



lombong
errrmmmm - di fahamkan ada cikMaybank dan cikBatik
jauh dah ni jalan ni.... 


pengaruh rakan sebaya - terjebak di sini.


hai awak... awak nak g mana tu? 


cabaran dan halangan yg di lalui


baju suar luar dalam semua dah basah lencun. hadapi dengan tabah. 


sudah 4jam 31min 56saat bergerak 


lbh kurang jam 5 petang kami di sini
di puncak bukan puncak sebenar
puncak sebenar terletak lagi 15 minit perjalanan. 
disini lah detik berpecah belahnya pergerakan bermula
ada peserta yg sudah mendahulu turun kerana hari sudah semakin petang
dan agak kecewa kerana tak jumpa puncak Muntahak yg sebenarnya

kerana sesi bergambar ini jugalah
saya antara yg tergerak lewat 
dan akhirnya terpisah dgn mereka2 yg berada di depan


imagine sejenak- laluan ini laluan semasa pergi. masih terang benderang
masa turun balik camp site, hari dah gelap, hujan. trek licin. 
so .... huhuhu.... ku gagahi.. jalan ini
bimbang kepala air je. semua tu akan menyukarkan perjalanan.

dari puncak tak betul jam 5.30 ptg.


di sini jugalah saya duduk ketika tunggu yg lain2 turun 
masa duduk lagi skali, suasana dah gelap.
dan air di sini jugalah yg saya minum tanpa fikir panjang
sudahnya, sem minta saya tidak berada di sini dikhuatiri kepala air yg tiba2 
7:30 malam
sudah gelap
hujan
kawan saya masih di atas 
huhuhuhu

selamat tiba di camp site sekitar jam 10 malam
so, bayangkan betapa sukarnya nak bergerak dalam gelap
tanpa head lamp
dengan kaki yg sudah sakit
dengan jiwa yg tak tenang
dengan air mata sebagai teman


mahu
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


dah celik mata.. nampak la semua ni
pepagi Sem dah jerit mencari seliparnya
oo sorriiii Sem. tak berkesempatan nak cari awak kat khemah yg mana
di sini jugalah tempat saya tumpang bermalam dengan keadaan yg selai sepinggang
bekalan makanan pun harapkan mereka2 yg bg
kerana perancangan awalnya, saya tidak bermalam di sini


packing utk pulang ke destinasi


with SANTANA


with SEM, cik Din dan errrr.. sorrry. sape lg sorang ni
guide & gogo yg memastikan keselamatan peserta


macam orang balik berjuang
beg gedabak2 walapun hanya semalaman dlm rimba

alhamdulillah, walaupun menempuh perjalanan yg sukar, 
yakin dan percaya.. Allah sentiasa ada.



with Puan Hasnah
dari Kluang, Johor
berumur 60 tahun

cik Nah selalu ingatkan dengan kata2 nasihat
jgn takut, Allah ada.


*kisah ini bukan kisah kami tersesat, kisah ini hanya kami terkandas dan terpisah je.
almaklum, seramai 42 org peserta yg mengikuti rombongan ke Muntahak ini*

**kredit pic to Lady D**




Bukankah Hidup kita Akhirnya Harus Bahagia . .

No comments:

Post a Comment