nuffy1

OOO-lalalalala

Saturday, October 13, 2012

Stong-Baha-Ayam #2






pengalaman mendaki Ledang membuat saya mmg konfiden utk trus mendaki without menjaga stamina. akhirnya saya tewas dgn keadaan mental fizikal yg rabak giler. menapak hnya dgn perasaan yg ada. Berada di sini mmbuat hati ------------- syukur. Akhirnya. inikah tempat yg dilihat dari bwh sana??? agak sukar utk percaya bila berjaya jugak melangkah... oh cantiknya ciptaan Allah. 




oleh kerana cuaca agak baik, maka ini adalah laluan ke Kem Baha. Masih perlu meneruskan perjalanan. Bila dah kuar ayat ---" jauh lagi ke? bape lama ni? " makna --- mental rabak la tu. si kurak2 sudah mahu membaling beg ke bawah. Pendakian kali ini meloyakan tekak. Maybe mabuk perjalanan yg tak abes2. tambahan waktu makan yg sudah agak terlepas pandang. pengumpulan angin2 dlm usus membawa kepada ketidak upayaan. [huh....... tak de kena mengena kut]. tiap kali melangkah tiap kali tu errrkkkkk dan rasa nak bluweeek. sudah difahamkan, jgn push. just relax. huhu.. relax2 pun mahu bluweekkk jugak. 



hohohooooooo thanks Ah Toii kerana sudi membawa beg itu. Gogo yg bertanggungjawab - runner yg baik hati. Jasamu sangat dikenang. 



meneruskan pendakian. mata terkelip2 jelah tgk trek ni. seperti nya mcm senang je kut. tp bila separuh jiwaku pergi, benda yg senang pun jadi susah. 


tempat beradu-- wohoooo check in check in. roger2. tidak semua org mampu kuar dari zon selesa. tido berlapikkan sleeping mate-berselimutkan sleeping bag, berbumbung fly. kalau hujan turun-maka kami2 di arahkan mencari tempat perlindungan lain la jawabnya. 

"kak-malam ni akak makan ubat, pastu tido. tak yah wat apa2. akak tido rehat. esok nak jalan lg. 12 jam tau" arahan ni dari gogo n runner. 

"sorry guys-susahkan korang jek. sorry tak tolong apa2" si kurak2 bersuara

"eh, tak pe kak, kitaorg tak nak kakak injured je. jauh lagi nak jalan ni kak"

sumpah saya tak pasti kenapa bukan SEPARUH JIWA saja yg pergi tapi SELURUH JIWAKU PERGI juga. mula salahkan diri sendiri kerana tak jaga stamina, tak jaga pemakanan, tak jaga mcm2 la. moral of the story, akibat terlalu lama sgt bercuti, kalau nak cuti pun, jagalah kesihatan. No ice pls. 


seperti berada di rumah - haha... membawa pinggan ini mengingatkan saya makan di rumah. walaupun tak berapa selera, tp terpaksa jugak makan utk energy esok hari. Menu simple dari Chef Moon - tp lazat di makan. Ayam masak kicap - sayo buncis. Lapo la kan. 



tiada meja makan yg mewah. tiada terangnya cahaya kalimantan di rumah. hanya berteman head lamp dan marilah menjamu selera. sesudah itu saya pun zzzzzzzzzzzzzzzzz dlm sleeping bag dgn pelbagai lapisan - dari tshirt-baju kelembak-windbreaker [wottt wotttt windbreaker merah ermmm.. love it. thanks sweetheart]- & shawl-masih belum mampu menghangatkan diri. sgt nyaman di pergunungan. 

sekhemah dgn mummy Ja n Wani - tiada perbualan malam tu. masing2 dlm sleeping bag dan bersama gadget. ha.. ada line ko. marilah kita bertwit2 dgn dunia luar sana. 

di luar khemah masih kedengaran mereka berbicara. minum kopi maybe. dan ooo.. rupanya mereka menyiapkan hidangan utk esok. antara dengar dan tak dengar ............. malam itu biarlah berlalu pergi. nite ols. 




Bukankah Hidup kita Akhirnya Harus Bahagia . .

No comments:

Post a Comment