nuffy1

OOO-lalalalala

Friday, October 12, 2012

Stong-Baha-Ayam -#1


masih dalam keletihan dgn perjalanan yg sgt lama. sungguh lama. bukan takat montot je kebas. segala organ2 dalaman pun mcm nak kebas. kesukaran utk membuang segala isi2 dlm perut lagi. haishh.. kalau dah dasarnya cerewet, mmg cerewet la. padahal kalau nak "membuang" tu.. boleh je. bukan tak de kemudahan. tp....kemudahannya... boleh kikikikiki la.

dah siap2 semua kat kedai ONKEL... siap2 mandi, siap2 makan, siap2 taklimat, aktiviti caving seperti yg di rancang tidak dpt di lakukan oleh kerana kesuntukan masa. masa yg ada skg ni utk terus menuju ke jelawang jungle. pergerakkan kena agak pantas memandangkan cuaca sudah ala2 sudah mahu hujan. kalau dah hujan, agak sukar la nak melintas laluan air kat atas tu nnti. saya agak konfiden dgn diri sendiri. sedangkan - stamina out of sebis!!!



lady gagah ------- gagah la sgt.

kesemua kami adalah rakyat tempatan yer. dari stesen ketapi - kedai Onkel, perjalanan ke Jelawang Jungle mengambil masa lbh kurang 10-15 minit je.



mengambil peluang bergambar di sini. berlatar belakangkan air terjun jelawang. hoooooooooooooo jauhnya di sana... di sana...  di sana......... di sana..... [sekali tengok pic ni dah mcm para2 pelancong lak]

barisan bakal2 pendaki------mereka mmg gagah. tapi saya???? huhuhu.. serupa kurak2 yg lemah. oo.. sudah mengalah sebelum melangkah.


kesemua kami ada 14 peserta, 13 dari Johor Bahru, sorang dr KL. 3 guide - ONKEL, Iba, Budin & Muiz. matlamat kami satu, mahu menikmati keindahan warisan alam. doakan keselamatan kami.......




Bukankah Hidup kita Akhirnya Harus Bahagia . .

No comments:

Post a Comment