nuffy1

OOO-lalalalala

Saturday, October 20, 2012

GunungOhGunung


perkara yang biasa berlaku di dalam hutan iaitu altitude sickness, kekejangan dan lemah badan. Kebiasaannya altitude sickness menyebabkan pendaki sakit kepala kerana kekurangan oksigen, kaedah rawatan yang harus diberikan ialah rehat dan memakan panadol.
Kekejangan berlaku akibat kekurangan garam di dalam badan, pesakit harus meminum air garam berhidrasi, jika tiada boleh juga menggunakan air garam biasa ataupun air perencah mi segera!. Menyapu ubat seperti yoko-yoko memberikan kesan fizikal dan psikologi yang baik kepada pendaki.
Lemah badan kebiasaanya disebabkan kekurangan tenaga di dalam badan, jika ini berlaku berikan sedikit makanan dan minuman (garam berhidrasi) kepada pesakit jika perlu berhenti untuk memasak makanan. Menahan diri daripada melakukan nature call seperti kencing dan berak juga menyebabkan lemah badan kerana toksin berlebihan di dalam badan. Pujuk pesakit (kebiasaannya wanita kerana sifat malu) untuk melakukan nature call tersebut.

- saya mengalamai gegala inikah  -altitude sickness- pada paras ketinggi 1000++ kaki dari aras laut??? ketidakselesaan semasa mendaki Stong-Baha-Ayam baru-baru ini menjadikan saya pembaca tegar tentang info2 altitude sickness. lagipun membuat persiapan rapi sebelum menuju ke Dejavu Kinabalu - event 2013 ==== weeeeeeeeeeeeee ***

gegala yg ada :

1. pening
2. nak muntah
3. mual
4. perut sebu
5. sikit2 sendawa --- errrrkkkk errrrkkkkk [banyak sangat angin ke?]

tak terfikir nak makan panadol or apa2 pain killer. yg saya tahu saya mahu zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz. tambahan perjalanan yg sgt lama dlm ketapi membuat mmg seluruh jiwa saya pergi tah kemana. supermak menjadi supertired !!! siyes ---  i am tired !!!!

makin tinggi kita mendaki makin kenipisan oksigen. betapa kurangnya ilmu didada. 



saya selalu ingatkan diri sendiri ataupun my girls, kita perlu bawak barang keperluan paling basic. contoh - panadol. walaupun sebiji saat beerti bila waktu2 kecemasan. tp selalunya mmg saya bawak kemana2 even tak suka berpanadol ni. sebolehnya mmg saya elak utk tidak mengambil panadol. tp lps ni bila mendaki, saya perlu membawanya. PERLU!!  kalau bukan utk saya pun, masih ada insan2 lain yg memerlukan. kan? kan?







Bukankah Hidup kita Akhirnya Harus Bahagia . .

No comments:

Post a Comment