nuffy1

OOO-lalalalala

Friday, July 6, 2012

mahukan ini... mari mari mari





Jambatan Canopy Walk Lembah Danum, Lahad Datu, Sabah :

300 meter panjang (985 kaki) dan setinggi 27 meter (90 kaki). titian gantung yang menakjubkan ini adalah salah satu yang terbaik di dunia di mana anda boleh meneroka hutan simpan di Danum, Sabah.

Sepanjang tahun 2000, Canopy Walkway iaitu jambatan atas pokok terpanjang yang terdapat di Sabah telah juga menarik perhatian pelawat dari dalam dan luar negara. Statistik menunjukan sejumlah 86723 pelawat melalui jambatan ini dengan pecahan 14895 orang pelancong tempatan dan 71828 pelancong luar negara.

Kawasan Pemeliharaan Lembah Danum terletak 83 km ke Barat Daya Lahad Datu, dengan berbagai spesies tumbuhan dan haiwan yang menakjubkan.

Kawasan tadah hujan yang luas ini merupakan tempat tinggal bagi badak Sumatera, orang utan, kancil, serta harimau bintang. Terdapat sebanyak 270 spesies burung telah dicatat di kawasan ini. Pusat Penelitian Danum terletak di dalam kawasan hutan simpan seluas 440 km persegi ini.








Bukankah Hidup kita Akhirnya Harus Bahagia . .

No comments:

Post a Comment