nuffy1

OOO-lalalalala

Saturday, May 5, 2012

Petua mengelak dari berfikiran Negatif



1. Berhenti dari memandang keburukan orang lain. Jika seseorang itu buat sesuatu yang buruk pada pandangan mata anda, jangan menyampah dengan perbuatannya itu, tetapi biarkan sahaja dia. Itu haknya mmembuat apa yang dia suka.

2. Jangan pula mengumpat atau mencela, tetapi ambil pengajaran dari apa yang kita lihat, dengar dan rasa, baik atau buruk. Jika sesaat kita sudah memandang kepada yang negatif, maka seminit kita akan mula berfikiran negatif. Fikiran kita lebih menjurus kepada yang negatif.

3. Jika kita selalu berfikiran negatif, gelombang minda kita akan menarik semua yang negatif. Jika kita suka berkata tentang keburukan orang lain dan suka mengadu mengenai ketidakpuasan hati kita pada orang lain, maka apa yang kita katakan itu akan datang pada diri kita sendiri.

4. Kita perlu banyak berfikiran positif, optimis dan melihat kebaikan lebih banyak dari keburukan dalam apa jua keadaan. Kita harus bersangka baik tidak kira pada sesiapa jua, tidak kira di mana dan tidak kira bila.

5. Fikir baik di balas baik, fikir jahat dibalas jahat. Jika kita mudah berfikir yang negatif terhadap semua orang, situasi, perkara dan keadaan, negatif juga hasil yang kita akan dapat nanti.

6. Elak untuk berkata keburukan orang lain dan latih diri untuk sentiasa kagum pada orang lain walau sekecil mana pun kehebatan dirinya. Andai dia sekadar seorang tukang sapu, kita harus bangga pada kerajinan dirinya menyapu dan fokus dirinya pada kerja penyapuan yang dilakukannya, bukan memandang rendah pada taraf pekerjaan dan taraf sosialnya.



7, Kita perlu awasi perkataan yang keluar dari mulut kita setiap masa.












Bukankah Hidup kita Akhirnya Harus Bahagia . .

No comments:

Post a Comment