2. Pemakanan
• Untuk mengelak penyakit jantung, kita mesti memberi perhatian atas apa yang kita makan. Kita perlu mengelak dari mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak dan kolestrol seperti mentega, minyak sapi, santan dan sebagainya.
• Kita digalakkan untuk memakan lebih sayur sayuran sepeti,karot, kubis, sayur berdaun hijau dan lbuah-buahan. Kita digalakkan mengamalkannya setiap hari.
• Satu lagi yang perlu anda jauhi adalah alkohol. Ia akan menyulitkan proses penurunan berat badan dan juga merbahayakan kesihatan terutamanya kepada hati.
3. Senaman - Bersenam setiap hari kerana ia amat baik untuk kesihatan. Senaman yang teratur amat baik untuk memastikan jantung anda dapat berfungsi dengan baik. Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Juga membantun tekanan darah diturunkan.
4. Merokok - Majoriti rakyat Malaysia yang diserang penyakit jantung adalah di kalangan perokok. Pesakit jantung dinasihatkan agar memberhentikan tabiat merokok ini bagi mengurangkan risiko penyakit ini berulang.
5. Perubahan Gaya Hidup
• Penyakit jantung biasa dikaitkan dengan gaya hidup seseorang sama ada pemakanan, tabiat merokok, aktiviti harian dan sebagainya. Cubalah hidup dalam gaya hidup yang sihat agar anda terhindar dari sebarang penyakit.
• Kesedaran di tahap awal amat penting bagi mengelak sebarang penyakit menjadi lebih serius.
selamat menjaga jantung
0 yg comei~~:
Post a Comment