nuffy1

OOO-lalalalala

Wednesday, February 29, 2012

transformasi


pada mulanya mmg tak kesah pun tentang KEBERATAN badan 
yg suka2 menaik kembang itu
giler kentang............... 70.8kg !!!

ajakan myBFF >> Lady D utk menuju puncak 
saya iyakan sebagai segmen suka2 saja
dalam pada itu, kami bersaing secara sihat utk 
mengembalikan berat badan ideal
bukan mahu kurus, tp mahu sihat.
pada peringkat usia sebegini, saya sedar, mcm2 penyakit akan menghampiri
tanpa di undang.

dan hasilnya hari ini,
saya berpuas hati dengan perubahan yang ada
saya percaya usaha itu tangga kejayaan
bila kita sihat, hidup akan bertambah ceria


01012012 - ketika berat 70.8kg
saya sudah mula risau.
makkkk haiiiiiii. kembang bermangkuk2 tu.

bila turun dari gunung buat pertama kalinya,
balik dan timbang, 
saya hilang 500gram.
dan saya percaya apa yg saya baca,
hanya bersenam mampu menghilangkan berat badan dan kearah hidup lebih sihat.

sejak tu, saya kawal pemakanan dan teruskan bersenam
aktiviti pagi - antara jam 7-9 pagi : saya berjalan 10,000 langkah sehari
pada mulanya agak sukar. penat. dan dengupan jantung saya mcm nak pecah
sekarang, saya boleh berlari2 anak utk mencapai target 10,000 langkah itu.
dan semakin hari saya rasa makin seronok dengan aktiviti saya.

kalau dulu,  6,000 langkah mengambil masa hampir 60 minit
hari ini, 10,000 langkah bersamaan 6.5km mengambil masa 60 minit juga
satu pencapaian yg terbaik utk saya setakat ini.


kalau saya boleh, anda juga boleh.
kita mulakan sesuatu yang baik, baiklah yg kita akan dapat.







Bukankah Hidup kita Akhirnya Harus Bahagia . .

1 comment:

  1. insyaAllah by 4 series kita dah cantek menawan.. hehehe berazam nehhh..

    ReplyDelete