nuffy1

OOO-lalalalala

Saturday, February 11, 2012

Pneumonia


sumber : google
(bukan x ray sebenar cik odah)



Radang paru-paru (bahasa Inggris: pneumonia) adalah sebuah penyakit pada paru-paru di mana pulmonary alveolus (alveoli) yang bertanggung jawab menyerap oksigen dari atmosfermeradang dan terisi oleh cairan. Radang paru-paru dapat disebabkan oleh beberapa penyebab, termasuk infeksi oleh bakteria, virus, jamur, atau pasilan (parasite). Radang paru-paru dapat juga disebabkan oleh kepedihan zat-zat kimia atau cedera jasmani pada paru-paru atau sebagai akibat dari penyakit lainnya, seperti kanker paru-paru atau berlebihan minum alkohol.

Gejala yang berhubungan dengan radang paru-paru termasuk batuk, sakit dada,demam, dan kesulitan bernapas. Alat diagnosa termasuk Sinar-X dan pemeriksaan kahak. Perawatan tergantung dari penyebab radang paru-paru; radang paru-paru disebabkan bakteri dirawat dengan antibiotika.

Radang paru-paru adalah penyakit umum, yang terjadi di seluruh kelompok umur, dan merupakan penyebab kematian peringkat atas di antara orang tua dan orang yang sakit menahun. Vaksin untuk mencegah beberapa jenis radang paru-paru bisa diperoleh.Prognosis perseorangan tergantung dari jenis radang paru-paru, perawatan yang cocok, komplikasi lainnya, dan kesehatan orang tersebut.
Salah satu kasus radang paru-paru yang mempunyai tingkat kematian tinggi pada saat ini adalah kasus radang paru-paru yang disebabkan oleh Flu burung.


sumber maklumat di atas ini saya dapat dari internet.

dan ini cerita tentang cik Odah

ini kejadian ke 2 dalam jangka masa 5 bulan terdekat ini. so doctor akan buat rawatan selang 8 minggu lagi di kala cik odah benar2 sihat. utk mengetahui kadar antibodi cik odah samada terlalu rendah atau camana. kalau buat skg, mcm no point la. sbb antibodi tgh rendah pun. 

siyesli, sebagai ibu, sebenarnya saya panik bila cik Odah sesak nafas, sangat kesian bila dia terpaksa bernafas dengan terpaksa. (camana nak gambarkan yer..?) macam nak tolong dia bernafas. bila dah terbaring di wad emergency, dgn mcm2 wayar tu, saya berhak utk bertanya. itu apa, ini apa, itu utk apa, yg ni utk apa. (bukan saya kepoci yer.. sekadar mendapatkan info).

kadar oxigen dalam paru2 cik odah rendah. normal : 96. cik odah just ada 89-90. dah di bantu dengan bantuan oxigen pun masih tak cukup. naik hingga 92 sahaja. so, tak de pilihan lain, mmg kena jadi penduduk sementara di spital la jwbnya kan.

malam pertama : oleh kerana kami berempat lepak2 manja, jadi katil itu menjadi sharing is caring la antara ibu & anak. kakak & adik tido ala2 manja di kerusi spital. ok la tu dari tak de kan. saya dengar pernafasan cik odah, fuh... mcm org abes berlari jauh sedangkan dia sedang tido. bila nurse datang bilik buat pemeriksaan, yes.... kadar denyutan jantung dia tinggi. normal : 100. dalam keadaan relax. cik odah punya : 130. maybe dia paksa utk bernafas.. so maybe dia penat la kut tu jd kadar tu tinggi. saya mmg agak jahil bab2 ini. nak study pun amek info dari internet. doctor visit just 2x sehari je. tak de la dpt bnyk sgt info kan. 

malam kedua : dengan satu perasaan aneh, saya terpaksa tinggalkan cik odah sendiri. berdikari ye sayang. dan air mata saya berjurai2 bila terima sms cik odah.. 
"ibu.. ibu kat mana, tangan odah sakit masuk ubat. odah lapar". 
jam waktu tu dah dkt 11 malam. mcm lipas kudung ler bwk kete nak cepat tuju spital. saya tau, dos antibiotik yg masuk ke aliran cik Odah itu agak menyakitkan. 
dah la sorang2, kena tahan sakit sorang2 lg. 
ermmm.. sila jangan salahkan saya kerana meninggalkan anak sendirian

sepanjang menjadi penduduk sementara ini, pesakit yg kuar masuk silih berganti.
mcm2 ragam dan mcm2 suara. oh.. baru saya sedar, sebenarnya, waktu melawat sesapa pun kat spital, seeloknya tak yah la bawak baby o kanak2 kecik. persekitaran di spital bukan tempat yg sihat utk di kunjungi oleh kanak2. 

setakat ini info yang saya dapat dari doctor, tak ada pantang larang berkaitan apa yg cik odah alami.
boleh aktif bersukan dan kegiatan yg di sukai
tidak di galakkan duduk rehat2 saja.
semakin aktif cik odah bergerak, semakin menggembangkan paru2nya.
dan juga boleh makan apa saja tanpa pantang2. tp just hati2 la bila makan kat luar. faham2lah kawasan luar rumah bukan tempat totally bersih dari kuman. yang kat rumah kita sendiri pun berhabuk sana sini. inikan pula yg kat luar. gejala kencing tikus pun kena amek berat ye. jangan sembarangan. orang kata cegah sebelum parah.

so masa saya menaip entri ni, doctor dah bg kebenaran utk discharge
(miss my home sweet home ...#huhuhuhu#)
petang ni doctor suh cik odah bersiar2 di taman
(peluang saya juga utk brisk walk sekali- dah lama wooo tak kuar peluh)

buat masa ini, setakat ini saja info yg dapat di share2 kan.
semoga kita semua di beri kesihatan yg baik2 utk meneruskan kehidupan.

doakan yer.

jika terdapat kesalahan dalam entri ini, sila betulkan. 
terima kasih.



amin





Bukankah Hidup kita Akhirnya Harus Bahagia . .

1 comment:

  1. anak sulung aku dulu pon pernah kena radang paru2 ni masa tu lagilaa umur baru 3 ke 4 thn cakap dia pon berterabur.. huh takleh nak inngat balik.. sedih sgt2... moga odah cepat sembuh... aminnn

    ReplyDelete