nuffy1

OOO-lalalalala

Wednesday, February 29, 2012

Jogging bahayakan kesihatan ?

Senaman perlu kerap di lakukan kerana ia adalah sebahagian daripada usaha yang dilakukan untuk mengekalkan kesihatan diri. Dan ramai orang yg mahu sentiasa kelihatan segar dan sihat. Oleh itu, mereka berjogging. Bagaimanapun jogging bukan saja memberi banyak manfaat, ia juga boleh membahayakan.


Di sini adalah beberapa perkara yg perlu diketahui oleh mereka yg ingin memulakan senaman dengan berjogging. Ada beberapa sebab mengapa jogging berbahaya dan bagaimana ia boleh merosakkan kesihatan kita. 



  • jika anda berjoggging di jalan raya, anda akan menhadapi risiko dilanggar. Untuk menggelakkan risiko ini, anda perlu berjogging jauh daripada kawasan kenderaan atau sekurang-kurangnya pastikan anda memakai pakaian yg mempunyai tanda-tanda amaran keselamatan jalan raya ketika keluar pada waktu malam.
  • berjogging di jalan yg bengkak bengkok boleh menyebabkan ketegangan di bahagian penyampung anggota badan anda. Salah satu kaki anda akan mengalami ketegangan dan sebelah lagi pulan akan mengalami kekejangan.
  • Sakit belakang adalah masalah yg sering di alami di kalangan mereka yg berjogging, khususnya yang berlari di kawasan yang sama rata. Dalam satu masa, tulang belakang anda akan menerima kira-kira 10,000 pusingan perlakuan yg tangkas. Akhirnya, anda akan mengalami sakit belakang yg berpanjangan. 
  • Sakit jantung adalah penyakit yg biasa di hadapi oleh golongan pertengahan umur yg tidak sihat dan berjogging tanpa latihan teratur. Dilaporkan satu punca utama mengapa mereka yg tidak sihat dilatih berjogging berdua-duaan adalah utk memudahkan salah seorang itu mendapatkan bantuan ambulan sekiranya rakannya diserang sakit jantung.
  • Tekanan di sesetengah bahagian pada tulang kaki adalah biasa khususnya di kalangan pelari yg kurang pengetahuan dalam teknik itu. Untuk meminimumkan risiko itu, pelari sepatutnya menggangotai kelab yg baik dan meminta nasihat daripada jurulatih yang bertauliah. 
  • Jangan berlari jika terasa sakit. Anggota badan yg sakit itu adalah tanda bahawa anda harus BERHENTI. Jikaanda tidak mempedulikan amaran itu dan terus berlari, andan akan mengalami kerosakan anggota yg kekal dan mungkinjuga menemui ajal. 
  • Denyutan jantung yg berlebihan akbat terlalu banyak berjogging boleh merosakkan hati dan jantung anda dan prtukaran hormon yg dikeluarkan juga boleh menjejaskan kehidupan seks anda.
  • Setiap kali kaki anda terhentak ke tanah, tulang dan penyambungnya menhadapi risiko rosak. Bagi mengurangkan risiko kecederaan yg teruk, pastikan anda berlari dalam keadaan selesa, memakai kasut yg mempunyai tapak sesuai untuk tahan menerima hentakan kaki yg berulangkali. 
  • Berlari boleh menyebabkan ketagih. Apabila anda berlari, tubuh anda akan mengeluarkan   sejenis hormon yg dikenali sebegai endorfin dan ia adalah sama dengan sejenis dadah heroin serta morfin, apabila seketika akan membuat anda ketagih. 
Beberapa sebab mengapa berjogging adalah baik untuk anda dan bagaimana dia dapat membantu kesihatan anda :

  • Jogging membantu menguatkan bahagian cecair penyambung otot-otot, melenturkannya dan menolong mencegah serangan arteritis apabila tua.
  • Senaman yang kerap akan meningkatkan kuasa dan kekuatan denyutan jantung dan mengurangkan kemungkinan serangan sakit jantung. Jogging juga baik, wajar sebagai salah satu senamaan diperlukan oleh anda.
  • Jika anda terlalu gemuk, anda boleh membakar kalori yg tidak diperlukan dengan berjogging.
  • Kadar denyutan otot anda dapat dipertingkatkan dengan membuat senaman yg kerap dan ia juga dapat mengurangkan risiko menghadapi kekejangan atau masalah lain.
  • Jika anda menghadapi sistem pencernaan yg tidak baik, pedih ulu hati atau masalah yang seakan-akan dengannya, senaman yang kerap membantu andan menyelesaikan masalah berkenaan dan seterusnya melindungi anda daripada masalah akan datang. Dengan membantu mengurangkan tahap tekanan, jogging juga boleh menolong mencegah penyakit ulcer. 
  • Sistem pernafasan anda di bantu dengan berjogging. Untuk memastikan larian betul, anda perlu belajar bernafas.
  • Dengan memperuntukkan satu hingga dua jam seminggu utk berjogging anda boleh menghalang berlakunya tekanan dan ketegangan yang di alami setiap hari. Ingat! tidak ramai org berjogging membawa bersamanya telefon bimbit. Jogging adalah salah satu yg baik utk menghapuskan tekanan. Jika kerja anda membuatkan anda sentiasa tertekan, jogging adalah elok utk merehatkan anda.


#sumber bacaan dari Harian Metro#

Selamat Berjogging ye









Bukankah Hidup kita Akhirnya Harus Bahagia . .

No comments:

Post a Comment