nuffy1

OOO-lalalalala

Wednesday, December 21, 2011

digamit memori




secara jujurnya, puas aku mencari dan tercari2 mana lagi kawan2 aku zaman kanak2 dulu. di sebabkan aku ramai kawan - dari duduk Kem Bukit Galing, Kuantan - hah.. kat situ je dah kira melambak kawan2. kawan depan umah, belakang umah, tepi umah.. block depan block atas block hujung tanjung. tak termasuk kawan masa tadika. masa ngaji. masa main lopak. masa main kejar2. masa main roundes. main layang2. main galah panjang. citer pasal kawan Bukit Galing, kawan depan umah aku tak dpt cari lg sampai sekarang  - Zuraidah Ahmad, Zuriana Ahmad, Suffian Ahmad - last day b4 pindah Johor, aku adik badik tido tumpang umah dia. siap share2 katil bujang tu. dlm satu kelambu bujang jugak. Along tido ngan kak Zuraidah. Aku tido ngan Zuriana. Alin lak tido ngan pian. Anak cikgu tuisyen aku - kak Norhazrin... lawo tu. dia duk selang 2 umah je dari umah aku kat berek tu. kalau ada nasi lebih2 yg dah basi tu.. mama suka pas ke mak kak rin, (aku le tukang anto kan.. nak bg itik2 ayam dia makan) dan kawan baik aku duk depan padang jauh skit dari umah aku ... nama dia Ra'ainzati Nawawi. (pehh... kira kuat gak ler ingatan aku kat mereka2 ni kan.. bukan stakat nama je.. siap ngan nama pak nyer skali aku leh taip wey).

then.. pada satu malam............ 
jeng jeng jeng






date :
20.12.2011
time :
22 : 39


Salam Syabilah. Apa kbr?
Saya Zahurin (budak yang paling tak comel).
Kita sama2 pernah bersekolah 
di SRK Sultan Abdullah Kuantan...



Ya Allah..
aku rasa nak jerit dan tiba2 terasa kau betul2 wujud kat depan aku wahai Zahurin Zakaria.





puas aku cari ko
ko tau camana aku leh cari ko?
aku goggle ko tau tak


ahahaiiiiiiiiii
lawak giler aku dengo 
siyes Zahuren, aku rasa ko la org yg buat mcm tu utk cari aku
aku pun tak terfikir cara tu utk cari ko

panjang berjela kitaorang borak
dari hal sekolah rendah sampai hal dah tak sekolah

antara topik cerita
hahahaha
kisah makcik bawah ni


nama dia Saadiah
ni lagi sorang wat aku gelak giler nak guling2 punyer gelak

"ko tau tak aku selalu ingat ko dulu selalu cari kutu aku"

ahakkkkk
bengong kejap aku dengo ko citer la saadiah
dulu zaman kita kekanak bukan ada banyak ektibiti
cari kutu ko tu dah pekdah jugak la
kurang2 kurang la jugak kutu ko tu


dan paling sedih
Al-fatihah utk arwah Emilia Mohamad

puas aku cari Emilia.. 
sehingga sape2 yg bernama Emilia Mohamad
aku tnya.... errr
nak tnya boleh.? awak ni Emilia Mohamad yg sekolah
kat SRK Sultan Abdullah ke?
dan sampai ke sudah 
aku tak penah dpt jawapan yer
semua ckp bukan

dikhabarkan dah meninggal sekitar 2-3 tahun lepas
hanya tinggal kenangan je 
gambar2 tidak pernah ada, almaklum, 
zaman 80an dulu kami2 tak berkemampuan nak ada camera2

tapi aku tetap ingat kau Emilia... comelnya kau masa dulu




kita saling mencari kan Zahureen
dan baru sekarang berjumpa
walaupun hanya dengar suara
dpt juga khabar beritanya kan
nnti ada masa kita jumpa k
aku tak sabo dah nak jumpa korang 


frens forever 





Bukankah Hidup kita Akhirnya Harus Bahagia . .

No comments:

Post a Comment