nuffy1

OOO-lalalalala

Sunday, November 20, 2011

kisah duit budak tu tercicir


petang 20112011 yg damai. cuaca selepas hujan pulak yg sejuk2 je. berdua dgn mama menyoping diri. tak amek masa yg lama pun sbb mama dah bitau awal2 malam kang mama ada yasinan. iyo lah ma. maka program menyoping tu seadanya sudah. lepas tu ........ perut ni ngada2 nak kreotkreot dondang dendang munyikkkkkk2 mintak di isi. terus singgah food court berdekatan umah. dalam sambil2 tunggu order yg dah di order... terpandang sorang budak remaja belasan tahun. sebaya2 budak2 kat umah tu kut. dr jauh dah terpandang ada lipatan duit di kocek remaja tu dah sipi2 nak terkeluar. tp just pandang jelah. maybe dia akan sedar. selang 3 meja ke belakang mama, ada sepasang errrrr... bersangka baik la kan. suami isteri la kut. peringkat umur dah pakcik2 dan makcik2. nak dijadikan citer.. masa remaja tu duk basuh tangan kat sinki, pakcik tu pun dah nampak remaja ni dan dah pandang pun lipatan duit dia yg dah nak terkeluar tu. bila remaja tu lalu kat belakang pakcik tu secara otomatik jugak mmg sah2nya duit remaja tu lah yg jatuh tercicir tnpa di sedari remaja ni. dan dengan selamba badak tak bersalah pakcik ni bangun dan amek duit tu. 

boleh jd - (saya bersangka baik)
# pakcik ni tunggu remaja ni pusing balik dan mencari2 duit yg tercicir tu dan pakcik ni akan bg ler kat remaja ni #

- sebenarnya jarak remaja tu ngan pakcik tu saya anggarkan dlam 3 langkah je

rupanya sangkaan saya meleset sama sekali dan mmg agak terkejut kenapa pakcik tu boleh guna duit yg di kutip tu utk membayar harga makan & minumnya petang itu? ishhh.. tak rasa bersalah ke?? tak ada rasa ke... kut2 remaja tu ada benda yg perlu di beli urgent dan itu je duit yg ada ke.... keterujaan saya utk makan & minum petang itu terbantut sama sekali.  tiba2 rasa tembikai laici yg menjadi kegemaran itu tak sedap di pandang apatah lg nak di telan. saya bayangkan..kalau la remaja itu anak saya.. yg kehilangan duit. sedangkan duit itu hanya itu saja yg ada.. utk mengalas perut. sobsob.... tentu kasihan kan. 

selang beberapa minit berlalu.. remaja tu patah balik ikut laluan nyer semula. dan saya perati.. dia mencari2 sesuatu. mungkin mencari2 duit yg tercicir tu. hajat saya nak bangun dan bgtau hal sebenar kat remaja tu terbantut. so sad. 





saya rasa cam nak je ckp kat pakcik tu........... apa ni pakcik? tak baik tau mencuri. kalau pakcik tak de duit, baik pakcik mintak dari pakcik makan duit curi tu. jd darah daging. (errrrrrrr... kalau curi jam pun tak boleh kan? << iklan jap yer)

tp saya tidak la seteruk itu adabnya. kurang hajar sama org sudah tua itu buruk perangai kan?

dlm perjalanan tuju ke kete.. saya bertembung ngan remaja ni. mulut lancar je tnya... cari duit jatuh ke dik?
dia angguk dan jawab yer. sedih je. 
ada nak beli barang ke? nak makan apa2 ke?
dia geleng. diam je.
tp sebagai ibu yg ada anak seusia.. ada riak2 kecewa kelihatan.

#perbualan dan perbuatan lain yg ada di antara perenggan ini, biarlah saya dan remaja itu saja yg tahu#

dan petang tu.... saya, mama dan remaja serta adiknya berpisah dengan senyuman terukir. 







Bukankah Hidup kita Akhirnya Harus Bahagia . .

1 comment:

  1. jahatnya pak cik tu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! benci!!! lain kali ambik gambar pak cik tu.. pastu post kat sini.. biar padan muka dia!!

    ReplyDelete