nuffy1

OOO-lalalalala

Sunday, May 15, 2011

ni cerita Kek Oren tau


beginilah rupanya............ setelah namploh minit bersauna di dalam aben

resepi mudah dan ringkas
sesuai untuk mereka yg nak cepat
mcm SAYA !!!!

ALAM SARI, ai share resepi kat sini jugak yer.



Bahan-bahan:

1 biji oren (saya parut kulitnya dan diketepikan)
3 biji telur
1 cawan gula (resepi asal 2 cawan tapi nipun dah okey manisnya)
1 cawan minyak (saya campur minyak masak Seri Murni dan minyak jagung)
2 cawan tepung gandum*
1 1/2 st baking powder* (resepi asal 1 sudu besar)

Cara-cara:
  1. Panaskan oven 180'C. Alaskan loyang bersaiz 8" dengan baking paper.
  2. Ayakkan bersama bahan-bahan bertanda.
  3. Buah oren dibelah dan dibuang bahagian putih (bawah kulit oren). Buang biji jika ada.
  4. Dalam jug pengisar, masukkan buah oren yang dibelah, telur, gula dan minyak. Kisarkan sehingga gebu. (3 hingga 4 kali 'on' pun dah okey)
  5. Kalau jug pengisar anda besar, tak perlu keluarkan bahan kisar ke mangkuk lain, terus masukkan parutan kulit oren, gaul sekejap dengan spatula kemudian masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
  6. Tuang adunan dalam loyang dan bakar 50 minit atau sehingga masak (saya bakar 1 jam).
Mudah kan ?? selamat mencuba mcm saya........... hehehe. tq tq tq.





Bukankah Hidup kita Akhirnya Harus Bahagia . .

2 comments:

  1. Akhirnya rajin juga ibu buat kek oren, ngeh3

    ReplyDelete
  2. haha. hangen rajin sedang bermaharajalela.

    ReplyDelete