nuffy1

OOO-lalalalala

Thursday, May 19, 2011

Cite Kembara Ho Chi Minh.episod 4


Menjelang hari ke 2 di Ho Chi Minh. Lenanya tidur tak sedar apa dah. Salah dgr info dan gatal tak tukar pertukaran masa. Dgrnya mcm berkumpul pukul 8 pagi. Blurrrr je. 


incek Olympus yg setia di sisi - sekarang tinggal kenangan je.


ehem ehem.. meh nak kabo ni. masa ni kurus skit dari sekarang ni. breakfst ni bukan saya punya tau. saya tolong amekkan je. sbb saya dah melantak nasi himpit + serunding daging sebelum turun utk acara breakfst ni.
secara betulnya, kompem2 saya mmg tak makan sebarangan. lebih2 lagi tau program selepas ni perjalanannya agak jauh. So tak nak la nnti sakit perut la, nak muntah la. Ish.. rosak program makcik.


kemudahan ases internet. Huh.. jangan tak tau. Jenuh nak Login FB bagai. Tak tau ler nak kabo camana masa ni. Nak bukak email sendiri pun payahnyer ya ammpunnnnnnnn. Nasib ada suami Kak Siti yang mmg terror bab2 ni. Maka........ dgn riang rianya boleh melayari internet seperti biasa. Incek Acer berkaler biru itu??? Dia duk diam2 je. Apa motip eh bawak incek acer tu... tak paham kan??


Destinasi seterusnya, Chu Chi Tunnel. Mengambil masa lebih kurang 2 jam jugak kut perjalanan. Hidup di rantau org ni, bergantung sepenuhnya pada pil tahan mabuk. Naik bas pun mabuk. So, siapkan diri dgn segalanya2. Mmg alergik ngan cara org lain bawak kenderaan. Nak wat camana. Dari menyusahkan org2 lain baik telan jelah pil tu. Pastu jadi lah senoneng. Rugi kan... tak dpt tengok permandangan... ermmm. 


first yg dicari selepas turun dari bas adalah toilet.
hah!! tak de paip air jugak
oh no no no no
tapi tulah............. walaupun begitu. 
toilet tersebut tetap bersih tanpa sebarang bau2an tidak menyenangkan
demi keadaan terdesak, gunalah khidmat botol mineral yang ada.
huhuhu....air mineral tersebut perlu digunakan tp apakan daya....





hah!!! apa makcik ni buat kat situ?????
dia suka2 main cak2 tu


apa motip semua ni?? 
meh nak stori mori. masa zaman dorang perang dulu, ni la caranya dorang
nak selamatkan diri. 
Sayangnya tidak berpeluang mencuba kaedah ni.
Mak aihh.. lubang sebesar itu nak masuk mmg senang. 
Pastu tutup je. Main nyorok2 kat situ.
Kang tang nak naik, nah, hamekkau. bukan ada tangga kat dlm tu.
kena guna kudrat yg ada utk menaikan diri sendiri.
pastu org2 keliling tengok. Oh no...... no no no. 
Kalau tak leh naik2 gak nnti, haru tau.


ohhho. yang ni berani cuba pada jarak 20meter pertama saja.
masa ni selsema. so tak nak amek risiko di negara org. 
laluan bawah tanah. jenuh tu. cukup la merasa 20 meter tu.
ulat gonggok beso2 kau.


psssttt. psssttt. this is Kak Kiah. Like my mom & my sis & my fren & my consultant.
kalau nak ubat2 kat kakak ni bnyk bekalan. Bekalan duit DONG dia bnyak tau. 
Pernah berkhidmat sebagai guru. Happy belated teacher's day.
Miss u la kak kiah.





mesin jahit pun ada yu. 


yang ni selipar dari getah. dari besar2 size pai kecik2 punyer size semua ada. handmade lagi. kreatif kan


huhuhuhu... makcik penat la.



acara di Chu Chi Tunnel di sudahi dengan jamuan makan ubi kayu. Errk...bukan tak makan ubi kayu. Tapi tekak tak leh terima bila dah tengok cara penyediaannya. Maka sebagai rakyat Malaysia yang kelaparan, dengan selamber badak mengeluarkan bekalan makanan. Huh... ingatkan mereka2 yg lain nak makan hidangan ubi kayu tu, sekali menyerbu jugak kat nasi himpit  + serunding daging itu. Bekal kek marbel pun bawak skali. Beg yg digalas itu mmg penuh dengan makanan. So mmg tak kan bimbang tahap kebuluran di tengah hutan. Hampir setengah hari jugak kat hutan ni. Dah tak tahan nak mandi2 dah. Selamat la untuk menempuh perjalanan balik ................................ 





Bukankah Hidup kita Akhirnya Harus Bahagia . .

1 comment: