nuffy1

OOO-lalalalala

Tuesday, May 24, 2011

Bila kita berbuat baik, maka baiklah yg kita terima



Kes tayar pancit -------------- lembek tak bermaya tau tayar kete tu. Dalam masa 5 hari saja. Khamis lepas tayar depan. Isnin ni tayar belakang. Di tempat yg sama lak tu. Ada hantu paku kut kat situ. Khamis lepas, ibu di bantu jejaka2 baru nak matang -- Fais, Amiry, Helmy, Fyman...berusaha bersungguh2 utk membantu menukar tayar pancit tersebut. Kesian. Berpeluh2. Tak de pengalaman katakan. Belasah jelah labu. Tiba2 di datangi Hamba Allah tidak dikenali. Mengambil alih tugas jejaka2 baru nak matang tersebut. Sekejapan je..... buat keje menukar tayar pancit itu tanpa suara tanpa kata-kata. Yang bersuara hanya kami2 ni je. 

Kejadian tadi pulak --------- turun dari tempat keje dah terpandang tayar belakang itu. Tak bersuara tanpa kata dah. Jom Fyman, kita jalan g mintak tolong kedai kat sebelah 7E tu. Tak panik??? Tidak... dah biasa dengan suasana yg terduga. Belajar menerapkan nilai2 positif... Dugaan ni. Jangan merungut. Hadapi dengan tenang. InsyaAllah ada jalannya. 

Ya.. alhamdullillah.
Selesai segalanya. memandu pulang dengan tenang dan terus berdoa agar mereka2 di tambahkan rezeki dan dilindungi dari merbahaya. Bila kita berbuat baik, maka yg baik juga kita terima. 



kena wat latihan kegagahan fizikal.
kena belajar jugak la camana nak tukar tayar pancit kan....

moral : jgn memandang luaran mereka2 yg kelihatan comot itu orang jahat. Kekadang kita tak sedar ada org yg berpakaian bersih pun tidak menggambarkan hatinya yg bersih. Renunglah diri sendiri yer sayang
Bukankah Hidup kita Akhirnya Harus Bahagia . .

No comments:

Post a Comment